Resepi ni khas direquest oleh kawan baik ku, Izah... yang baru kawin...macam2 resepi dia nak cuba. Izah, dah cuba tu jemput2 mai umah, kasi testing, menjadi ke dak nasi ayam nie...heheh..
Nasi Ayam
(amik asal resepi kat Myresepi)
Rebus:
ayam
2 ulas bawang putih
2cm halia (ketuk)
Nasi :
3 sudu butter
1 cm halia - tumbuk
4 ulas bawang putih -tumbuk
air rebusan ayam
garam
Sos :
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam dan gula
Sup :
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar
rempah sup (adabi)
garam
daun sup (hiris)
Cara2 :
1. Ayam dipotong - bersih, lumur dengan 2 ulas bawang putih tumbuk, 2cm halia ketuk. Rebus sampai empuk.
2. Tos ayam. Perap ayam dengan :
- kicap pekat, sos tiram, halia (sikit je), bawang putih (tumbuk), kicap cair (kalau ada).
- Perap dalam 20 minit.
3. Basuh beras, toskan. Panaskan butter, tumis halia, bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam dan garam sikit. Daun pandan simpulkan, masuk sekali. Masak seperti biasa. Boh la nasi dalam rice cooker.
4. Utk sos -- blend semua bahan. Tuang dalam periuk. Masuk cuka, gula, garam. Kacau sampai pekat.
5. utk sup - air rebusan dididihkan dengan bawang besar, sup bunjut adabi. Lepas tu bubuh garam ngan daun sup.
Senang ja....gerenti sedap.....
Sunday, October 3, 2010
Sunday, September 26, 2010
Cloudy of the meatball
sedap tau meatball ikea nie...Rasa-rasanye semua orang still dalam mood hari raya kan? same as me. Jemputan open house over the weekend rasa-rasanya dalam 2 ke 3 buah rumah. I'm sure ada yang lagi ramai kan? Actually open house ni elok tu adakan sebenarnya kita boleh merapatkan lagi ukhuwah antara rakan, jiran. Aiceh...cam ceramah pulak..actually aku nak story pasal meatball yang kitaorang gi makan kat Ikea ari tu. Dengar orang cerita macam sedap jer..pastu nak la rasa. Emm biasa2 la rasa dia. Macam makan daging burger la..gravy yang dimakan ngan meatball pekat..sedap la jugak. Boleh le bagi 4 bintang..Actually ada 2 pilihan..leh order 5 ketul or 10 ketul. Aku rasa 5 ketul tu dah kenyang sangat2. Trust me..beli 10 ketul kang tak abis, rugi jer
Sunday, September 19, 2010
Sweet Memories
This picture is taken when we went to Njang's house, which is family in my husband side. Suka tengok keliling umah depa. Sejuk coz dikelilingi ngan hutan. Ada bangsal kambing kat belakang umah. Before kami balik, ramai2 la snap2 picture. Bukan senang nak berkumpul ramai2 macam ni selalu kan?
family njang + family tam + family aku....ramai kan?
cenyum semue...
ni semua adik beradik mak mentua den bersama husband ngan wife depa
Eid Mubarak @ Kedah
Rasanya belum terlambat lagi kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kami sambut raya di Kedah. Raya pertama, as usual mesti my MIL masak bihun sup sebagai main dish. Sedap sangat, kalau makan mesti nak lagi. Ketupat palas, serunding, rendang wajib ada. Seronok beraya di kampung coz suasana lagi meriah.
bihun sup, our main dish for hari raya....sedap banget seh...
bihun sup makan dengan daun sup, bawang goreng, lobak masin ngan daging cincang
sup for bihun...tengok tuuh...
ketupat palas, ada kat belah utara je, sambai tu makan dengan bihun sup
my mother..ishhh2 mak...makan bihun sup tak tengok mana2 dah..
adik2 ku...siti, nada and mu mother tengah kusyuk makan
ayah ngan father in law dok kutip buah mata kucing
Sunday, September 5, 2010
Iftar @ Hadramawt
Today, kami gi berbuka puasa di restoran Hadramawt (sebutnya hadramaut). Actually ni reatoran makanan arab. Memang puas la makan kat sini. Price per person rm50. Okeyla..tak la mahal macam hotel. Makan pun puas. Memang makanan kat sini sedap dan berbaloi. Sesiapa yang suka makan lamb ke, nasi mandi, ayam panggang..bolehla gi ke sini.
makanan arab kat sini memang yang terbaek.....
masa ni kul 6.30...orang pun tengah rilek2 lagi
dalam pinggan yang penuh dengan makanan...kenyang sangat
pinggan sapa la ni? hehehe...rahsia...........
samosa yang sedap..rangup kulitnye..
tak tau exactly nama dessert ni, but rasanya sedap..bila makan rasa macam susu and bau macam jasmine
my favourite dessert...dadih susu ..kaler cm puding caramel..2 mangkuk ai makan.....
Wednesday, September 1, 2010
Ronda2 KLCC
Sempena cuti merdeka semalam, me and hubby saje je la nak ronda2 kat KLCC. Ye la lama sungguh tak gi sana. Hubby bagi cadangan naik LRT dari Kelana Jaya...aku pikir orait gak, lama tak naik LRT nie. Seingat aku last sekali naik mau 2 or 3 years back. Time2 student dulu. Ok la, tiket dari KJ ke KLCC, sorang baru rm2.40. Berpatutan la, kalau naik kereta, mau dengan tol lagi, parking lagi..aku rasa mau abis dekat lebih 10 hengget. Cuti merdeka nie, KLCC as usual la orang melambak2 tak terkira. Aku rasa ramai yang window shopping jer daripada membeli...kat sini semua kedai2 pun yang class2..nak masuk pun takut jer.. orang dalam kedai buat tak layan or pandang2 jer kat kita.hehehe...no pulus la gamaknya. Last2 kami makan je kat food court. Aku...beli kasut baru...hubby yang belanja...best...thanks abang. Nak pakai pun sayang jer....
dalam LRT pun sempat lagi bergambar...hehehe
KLCC waktu malam
depan air pancut pun nak posing jugak........
hasil tangkapan di KLCC...hubby yang belanja...macih abang...
size besar gedabak...sebab tu suka beli kat KLCC...senang sebab ada size besar kat sana
Monday, August 30, 2010
Sawah di shopping complex
Rasa-rasanya entry aku semenjak dua menjak ni asyik cerita pasal makan jer...Bila tengok2 balik yup...memamg banyak ku tulis pasal makanan...tapi nak kisah ape....ni kan blog aku.....ikut suka la kan...hihhihi.....well, semalam me and mu hubby gi bukak puasa kat One Utama. Kiteorang gi makan kat Sri Melaka...sebelah jer ngan chilies. Asam Pedas ikan dia memang terbaek ngan terangkat..Licin kami kerjakan ikan tuh..hahaha...
Oittt ...melalut dah nie...actually aku nak cerita yang bestnye kat OU nie...in the middle of it, diaorang built bendang @ sawah...wow...amazing...teruja aku tengok..siap ada orang2, pokok padi pun diorang amik yang real..ada batas...pondok..memang nostalgia la....back to basic....
sawah di shopping complex
tempat menampi padi
ada orang-orang
kami bukak puasa kat cni sri Melaka
asam pedas ikan senangin yang sedap dan mantap
air bandung cincau yang marvelous
Subscribe to:
Posts (Atom)


















