Daisypath Anniversary tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 7, 2010

jalan-jalan di lembah bujang

Korang ingat lagi tak, masa kita belajar subjek sejarah kat sekolah, ada disentuh pasal candi di Lembah Bujang? ya..ni yang den nak story sikit. Masa balik kampung hubby hari tu,sempatlah singgah kat sana. Tempatnya berbukit sikit. Terdapat banyak candi dan telah wujud sejak kurun ke 12 (ye ke?..kalau tak betoi cuba check balik dalam buku teks sejarah..hihih). Nak ke tempat candi ni, kena la panjat bukit sikit,kalau tak ada stamina,leh pancit ngan semput. Orang-orang tua kata tempat ni keras sikit,tapi ok je,kena la baca doa sikit. Masa kami sampai tu, ada la 2 ke 3 family cina buat party birthday ke apa kat sebelah candi tu. Siap leh terjerit gembira lagi. Hubby kata,kang malam tak leh tido baru tau. Buat pengetahuan semua,candi-candi ini dibina sebagai kuil bagi orang-orang zaman dahulu. Tempat ini diiktiraf sebagai salah satu warisan sejarah negara. Tempat ini memang bersih dan terjaga,tapi macam tak ramai orang yang datang. Rasa patut diwujudkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik ramai lagi pengunjung untuk datang ke Lembah Bujang ini.

pintu masuk ke Lembah Bujang

salah satu arca yang terdapat di sana

petunjuk Lembah Bujang ke Gunung Jerai

jalan ke salah satu candi yang ada di sana

candi Bukit Batu Pahat

more picture of candi

dalam pondok tu ada candi lagi

taburan tempat sejarah yang ada di muzium lembah bujang

bahan pameran di muzium

No comments:

Post a Comment

Thanks for taking the time to visit our blog. Appreciate your valuable commments.