Daisypath Anniversary tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 30, 2010

Hadiah teristimewa daripada suami untuk hari lahirku yang ke 28



Alhamdulilah,akhirnya umurku dah mencecah 28. Tak tua dan tak muda...sedang-sedang saja...hihih. Tadi baru dapat kejutan...dok syok tengok tv,husband kata dok sat nak pi amik barang dia dalam kereta. Emm tak terpikir langsung la apa-apa2 pon...tiba-tiba masuk ja rumah,husband dah pegang bunga ros, kad dan sekotak big apple. Dia wish 'Happy Birthday sayang'. Terharu sangat-sangat..abang,terima kasih sebab bagi surprise birthday..sayang akan ingat sampai bila-bila.Sayang abang sangat. Sayang pun nak ucapkan congratulation kat abang sebab dapat straight A, dapat 4A dalam exam for his master. Well done abang.





Hadiah bunga,kad dan big apple daripada suami


Bunga ros yang cantik


Kad


Muka depan kad,isinya rahsia hehe


Big Apple donut


Isi dalamnya....nyummm
                                                           




Saturday, May 29, 2010

Trip to Singapore

Di petang yang berbahagia ini,ditemani dengan hujan yang lebat..cewah jd minah jiwang lak.Petang ni sunyi sikit coz En.Hubby ada kelas la..emm well mari kita sambung bercerita. Masa cuti sekolah yang lepas, kami buat rombongan cik Kiah ke Singapura. Best la coz g banyak tempat yang menarik kat sana. Antaranya, Masjid Sultan, Kampung Gelam, Mustafa Center, Sentosa Island,Orchard Road, Merlion dan banyak lagi. Singapore is a great place to visit coz there are lots of interesting place to go. Moreover, for us women, you will like it coz lots of shopping complex to go.




Tengah tunggu MRT untuk ke Kampung Glam


Jalan menuju ke Masjid Sultan


Bergambar di depan Masjid Sultan


Berposing depan Istana Kampung Glam


Ini dekat Little India


Posing ngan husband


Makan dekat sini,restoran zam-zam.Murtabak kat sini famous sgt dan sedap


dekat Singapore Merlion


Tu dia kepala singa


Posing jangan tak posing..hehehe


View of singapore from the tower


Sila tengok ngan kepala sengetkan sikit

Birthday present :-)

Petang tadi gi KLCC coz En.Hubby nak belikan hadiah besday untuk I. En. Hubby belikan hadiah jam SWATCH. Cantik ngan sweet colournya,ye la tuan empunya yang pilih sendiri..hehehe.En. Hubby pon beli jam untuk dia sekali. Mana boleh tengok wife ja yang ada jam,dia pun nak gak.. Pastu tengok kat bahagian bag, nampak satu bag ELLE yang cute,sekali terbeli la pulak....heheh...takpe2..dah penat2 kerja,kena a reward ourself dengan benda-benda yang best sekali sekala. Thank you abang for the lovely present birthday gift that I get. I will always wear it coz it will remind me to you...


                        Bag from Elle..like it coz E represent of my name



                                               Casing of abang's watch


 
                                       Another view of the casing swatch


                                           En.Hubby watch..so elegant

                                My birthday watch...so sweet and beautiful

Saturday, May 22, 2010

Rojak sedapppppp

Emm..tiba-tiba teringat pulak rojak yang kami makan kat pantai murni dengan husband. Kuah dia..mak aiii pekat ngan sedap..pendek kata memang marvelous la.Pastu order lak laksa..tak yah la cita panjang2,kang ada lak yang terliur..hihihhi




tengok tu rojak...slurppppppp..memang sedap kak senah oiii




nii tunggu nak di ngap ja...



gambar laksa telah dihalang oleh tangan abang yang comei..hihih


Tuesday, May 18, 2010

sukan tahunan sekolah 2010


guru-guru bertungkus lumus menyiapkan barang-barang untuk perbarisan murid



comel tak lady bird tue?



cikgu-cikgu yang ceria



comel kan murid yang bawa sepanduk rumah merah ni



bersiap sedia untuk perbarisan



sempat lagi berposing budak-budak ni



ok serius ni..dah nak kuar berbaris
Selamat Hari Guru.........:-). Baru-baru ni sekolah kami baru anjurkan sukan tahunan kali ke 6. Nak kata meriah, tak la sangat.Biasa-biasa saja. Kami, barisan guru-guru rumah merah bertungkus lumus menyiapkan costume untuk perbarisan budak-budak. Ada yang kuarkan duit poket sendiri. Ini semua nak pastikan anak-anak murid hebat dan comel masa dalam perbarisan. Walaupun kami cuma dapat tempat ketiga, tapi rasa puas sangat coz kami involvelkan diri daripada a sampai la z. Syabas anak-anak muridku sayang............



Thursday, May 13, 2010

view at the village

view berlatar belakang Gunung Jerai


Sawah padi nan menghijau


Bot-bot nelayan di kuala sungai


Another view.pulau kat tengah-tengah ni ialah Pulau Telor

Yeayyyyyy...soalan sivik untuk exam mid term dah siap..Akhirnya...siap jugak..serabut kepala ni kalau tak siap. Petang ni layan la dulu view kat kampung hubby, sangat cantik dan mengasyikkan.

Monday, May 10, 2010

Jeram seafood

hemm..tetiba lapar lak seafood. nak gi muara kat tanjung harapan dah tak sedap masakan kat sna. Then, kak ayu, my eldest sister suggest..wei..jom la pi jeram..dekat ngan kuala selangor. so far,dah 2 kali pegi,makanan kat sana memang sedap, puas, fresh dan yang paling penting....murah beb. Bestnya tempat ni coz restoran ni betoi2 ngadap laut. So sapa yang pi waktu dah nak petang2 tu leh tgok sunset.

kak ayu and family..tengok tu ketam bercili..emm sodap


nada, siti and kak ayu..enjoy the food


me and my husband..amboi mak kat sebelah khusyuk makan sampai tak pandang kamera


me and with my mum..

Friday, May 7, 2010

jalan-jalan di lembah bujang

Korang ingat lagi tak, masa kita belajar subjek sejarah kat sekolah, ada disentuh pasal candi di Lembah Bujang? ya..ni yang den nak story sikit. Masa balik kampung hubby hari tu,sempatlah singgah kat sana. Tempatnya berbukit sikit. Terdapat banyak candi dan telah wujud sejak kurun ke 12 (ye ke?..kalau tak betoi cuba check balik dalam buku teks sejarah..hihih). Nak ke tempat candi ni, kena la panjat bukit sikit,kalau tak ada stamina,leh pancit ngan semput. Orang-orang tua kata tempat ni keras sikit,tapi ok je,kena la baca doa sikit. Masa kami sampai tu, ada la 2 ke 3 family cina buat party birthday ke apa kat sebelah candi tu. Siap leh terjerit gembira lagi. Hubby kata,kang malam tak leh tido baru tau. Buat pengetahuan semua,candi-candi ini dibina sebagai kuil bagi orang-orang zaman dahulu. Tempat ini diiktiraf sebagai salah satu warisan sejarah negara. Tempat ini memang bersih dan terjaga,tapi macam tak ramai orang yang datang. Rasa patut diwujudkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik ramai lagi pengunjung untuk datang ke Lembah Bujang ini.

pintu masuk ke Lembah Bujang

salah satu arca yang terdapat di sana

petunjuk Lembah Bujang ke Gunung Jerai

jalan ke salah satu candi yang ada di sana

candi Bukit Batu Pahat

more picture of candi

dalam pondok tu ada candi lagi

taburan tempat sejarah yang ada di muzium lembah bujang

bahan pameran di muzium