Sebut pasal Cameron ni mesti semua orang tengah bayangkan buah strawberry. Yes, strawberry ngan Cameron macam tak boleh dipisahkan. Macam tu jugak dengan kami berdua. Tempat percutian Cameron ialah tempat favourite holiday kami berdua. Rasa-rasanya dalam 3 bulan sekali, sure kami akan ke sana. Cameron bagai rumah kedua bagi kami. Cuacanya yang sejuk dan nyaman memang sesuai bagi family yang nak rileks dan tenangkan fikiran yang tgh stress tu. Rasa-rasanya kalau ada award pelancong ke Cameron, sure kami boleh dapat..hihihi. Range harga bagi penginapan di sana amat berpatutan. Terdapat banyak hotel, chalet atau cottage di sana. Pilihan kami sama ada menetap di chalet atau hotel sudah memadai. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati di sana. Antaranya ialah Ladang Teh Bharat (Bharat Tea Plantation). View kat sini memang cantik, sambi menghirup teh panas..emmm memang best la. Kalau nak membeli sayur-sayuran, strawberry,bunga boleh singgah ke kea farm. Makan pula senang didapati di pekan Brincang. Percutian ke Cameron ni memang berbaloi dan menarik untuk dikunjungi.
Pemandangan ladang teh yang jauh mata memandang,memang best dan cantik view di sini
Tengah tengok pemandangan ladang teh ni,rasa cam cerita hindustan lak,hehehe
Yang dekat belakang ada bumbung hijau tu rumah pekerja ladang teh,yang tengah dok buat tu,mungkin tokeh teh..hihihhi
Kami duduk di Bala Chalet & Restaurant. Cantik dan peaceful tempat nie
Chalet yang terdapat kat sini comel sangat
Rumah ala-ala dwarf