Daisypath Anniversary tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 12, 2010

Posing di LCCT


masa ni dalam flight...baru masuk..
kat tangga, snap bahagian tepi flight




kat tangga, nak naik flight



hehe..ni la flight aku...ceh macam kapal terbang sendiri pulak...hehe



Korang pernah tak ambil gambar masa on the way nak naik kapal terbang? Hahaha...mai aku nak share picture2 yang kiteorang snap masa tengah berjalan nak naik, on the way nak ke Sabah. Tengah sedap2 tangkap gambar, orang yang incharge tu kata, 'maaf kak, kat sini dilarang untuk ambil gambar'...hehehe sori la dik, akak tak tau...ape2 pun bila lagi kan nak dapat peluang macam nie :-)











Monday, October 11, 2010

Trip to Indonesia (Part 1)

bergambar di Tugu Monas

Tugu Monas di kalau kat sini macam Tugu Negara


Waktu ni baru sampai, saja amik gambar pemandangan Jakarta



another view


Tol kat Jakarta




Trip to Indonesia kami pi waktu tahun lepas. Best ke indon ni coz shopping yang memang tak hengat. Barang memang murah and there are many things yang kita boleh nampak kat sini. Jem or macet (orang indon panggil kalau sesak jalan is 'macet') memang selalu terjadi kat sana. Tapi diaorang memang terer bab2 cilok2 nie. Kami ke sana 4 hari 3 malam. 2 malam kat Jakarta, 1 malam kat Bandung. Kami gi guna travel agent, that is POTO travel. Actually tak rugi amik travel ni coz everything id included, so kita tak payah2 la pening2 nak pikir ape2.


Well, first day kami sampai di Jakarta lebih kurang dalam jam 5 petang. So pak Herman (our tour guide) trus bawak kami pegi ke Tugu Monas. Kalau kat sini macam tugu negara la lebih kurang. Snap2 gambar kat situ, pastu trus gi makan kat restoran nasi padang. Check in kat hotel Grand Alia, Jakarta.

Malam aktiviti bebas, so aku and hubby amik kesempatan untuk gi Hard Rock Cafe Jakarta. Kiteorang suka kumpul baju2 hard rock cafe nie...nanti hari kedua aku sambung lagi yea....
























Sunday, October 10, 2010

Weekend...

Hari weekend la yang paling ai suka...yea..suke2...siang tadi dok layan tengok lagenda budak setan kat you tube. Hemm...ai punya pendapat, cerita ni biasa2 je la, tapi yang best shot tempat2 dalam cerita ni cantik2 belaka, especially dalam taman orkid...memang cantik. Emm..malam tadi pun, masak besa2 saje, buat cucuq kodok. Daripada biar pisang tersadai kat dapur, elok dibuat cucuq. Tapi ai heran la, pasai pa depa panggil coq kodok? mana mai la word of 'kodok'. Kot orang dulu, tengah dok goreng, jumpa kodok ke?...hehe...takpa...bagi la nama apa pun...yang penting boleh makan kan?

Thursday, October 7, 2010

CHINTA....



Hari ni rasa cam tak de semangat jer...takpe2 pikir esok hari jumaat, tinggal satu hari je nak cuti..yes2...ha..cmni baru rasa de semangat...

Well, lately ni ai suka tengok drama CHINTA kat tv3, pukul 6.30 sampai 7.30. Tiap2 hari selasa sampai Khamis. Lain dari drama biasa. Selalunya aku tak berapa la nak layan drama2 nie, tapi dah tengok cerita nie, trus suka dan nak tengok lagi.

Pelakon drama ni, Fasha Sandha..well, memang menjadi la lakonan dia. Dari gadis kampung yang naif, bila sampai ke bandar terus berubah... hero is Adi Putra, but part dia tak muncul lagi... Takpe2 akan ku tunggu..Ape2 pon cube korang tengok, sure best punyer..ade kelainan.



Tuesday, October 5, 2010

Chicky :-)

pe hal la chicky ni tersipu2 malu2 ayam lak..hihihi

time ni chicky n friends tengah dok nyanyi2


ni mc event tue...ntah cite apa dia..



Pagi tadi kat sekolah, bebudak aku sangat2 la seronok...sebab ada maskot chicky from KFC datang. Diaorang datang coz nak bagi hadiah kat contestant yang tulis essay. Punya la excited bebudak, especially darjah 1... semua dah pakat2 berdiri...soh duduk pon dah tak maunye. syok jugak nengok maskot2 nie...comei...teringat time budak2 dulu, kita pun seronok kalau dapat jumpa kan?







Sunday, October 3, 2010

Front page pictures

gambar ni kat pelabuhan Hong Kong..cantik view kat sana

ni la gambar kat Hong Kong...me and my husband..kami suka sangat gambar nie



Selamat berhujung minggu semua........... Tak best2.......sok nak kerja dah.....ni semua simptom 'I hate Monday' korang jangan jadi macam aku ek........hehehe......


Ramai yang tanya pada aku, siap ada yang telefon..heheh...gambar page kitaorang ni amik kat mana? Heheh...rasa2 korang kat mane? kat Pulau Pinang? salah...pe ke hal husband pakai sweater kalau kat Pulau Pinang tu... actually gambar ni kami amik masa gi Hong Kong. Cantik tempat ni. Tambah masa ni cuaca sejuk dan berangin, so memang sesuai la kalau nak jalan2. Tak panas sangat. Kalau ada peluang lagi, aku teringin nak datang lagi...







Open house kecil-kecilan


member2 ku dok menjamu selera




mak2 dok makan...anak2 dok main2 sama2 depa


pergh..tak tengok dah kiri ngan kanan...




more pictures......



Hari Sabtu lepas, member2 rapat datang. Aku buat makan sikit2 la. Tak banyak pun, ade la spageti, kek coklat, aku buat dadih. Cukup la dalam 8 orang makan. Kira open house kecik2 jer. Best coz sambil makan, sambil cerita2. Thanks my friends coz all of you cheer up my life. Emmm..korang bila pulak nak wat open house? Raya dah nak ujung2 dah nie...hehehhe